am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Seorang peserta Himpunan Pembangkang mengalami sesak nafas di Dataran Merdeka di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, paras gula wanita berusia 30-an berkenaan didapati rendah.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, wanita berkenaan mengalami sesak nafas dan pemeriksaan mendapati para gula dalam darahnya rendah.
Katanya, pihaknya memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.
“Mangsa diberi rawatan awal di lokasi kejadian dan kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan selanjutnya
oleh unit EMRS bomba,” katanya di sini, hari ini.
Hari ini, ribuan peserta himpunan berkenaan berkumpul di Dataran Merdeka bermula 1 tengah hari.
Sebelum himpunan di Dataran Merdeka, peserta mula berkumpul dan bergerak di lima lokasi iaitu Masjid Jamek, Kuala Lumpur; Masjid Jamek, Kampung Baru; Masjid Negara; Pasar Seni dan Sogo dengan ada segelintir peserta sudah berkumpul seawal jam 7 pagi.
© New Straits Times Press (M) Bhd