Petik Nama Jamal Abdillah ‘Kac*p’, Farid Kamil Perjelas Sudah Mohon Maaf – “Dia Sudah Baca Tapi Tiada Respons”

Petik Nama Jamal Abdillah ‘Kac*p’, Farid Kamil Perjelas Sudah Mohon Maaf – “Dia Sudah Baca Tapi Tiada Respons”

Selepas klip rakaman temu bual bersama ‘Podcast Lelaki’ tular, pelakon dan pengarah Farid Kamil mengaku dia sudah memohon maaf berhubung isu menyebut nama penyanyi legenda itu.

Kata Farid, dia mengaku khilaf terhadap apa yang berlaku termasuklah keterlanjurannya dalam berkongsi pengalaman agar tidak melalui kisah gelap atau terjebak dalam mengambil benda terlarang.

“Sejujurnya video tu telah saya arahkan untuk diturunkan, kerana keterlanjuran saya bercakap, bercerita tentang pengalaman saya dan personally saya sudah pun berhubung dengan Datuk Jamal Abdillah untuk penjelasan dan permohonan maaf saya.

“Dan saya telah melakukan sedemikian rupa dan saya menyesali jalan cerita yang saya cerita,” katanya.

Farid memaklumkan mengenai perkara itu ketika ditemui usai Tayangan Perdana Filem Telaga Suriram yang berlangsung di Dadi Cinema Pavillion, Kuala Lumpur, pada Khamis.

Disoal mengenai respons yang diterima Farid selepas berhubung secara langsung dengan Jamal, teraju utama filem Lagenda Budak Setan itu bagaimanpun memaklumkan sehingga kini dia masih belum menerima pesanan balas.

“Dia baca… tapi tak ada respons.

“Saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk memohon maaf kepada peminat beliau dan berharap dapat memaafkan kekhilafan saya,” jelasnya.

Terdahulu, Farid mengaku pernah dikecam netizen apabila menggelarkannya sebagai  ‘kacip’ ketika mempromosikan filem Anwar: The Untold Story.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Petik Nama Jamal Abdillah Dalam Podcast, Farid Kamil Dakwa Bapa Pernah Beri Amaran? – “Netizen Ingat Saya Kac*p, Tapi Sebenarnya…”

ARTIKEL BERKAITAN:Anak-Anak Beraya Dengan Farid Kamil, Diana Danielle Tak Sedih… Anggap Peluang ‘Me Time’

ARTIKEL BERKAITAN:Anak-Anak Beraya Dengan Farid Kamil, Diana Danielle Tak Sedih… Anggap Peluang ‘Me Time’

Scroll to Top