Petinju wanita Mexico meninggal dunia

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

KANADA – Petinju muda Mexico, Jeanette Zacarias Zapata meninggal dunia akibat kecederaan serius di kepala selepas tumbang dalam pertarungan lima hari yang lalu, lapor BBC.

Zapata, 18, bertarung dalam kategori welterweight menentang petinju Quebec, Marie-Pier Houle tetapi tumbang dan tidak sedarkan diri pada hujung pusingan keempat.

Mereka beraksi pada kejohanan Tinju Antarabangsa GYM Gala di Stadium IGA, Montreal pada Sabtu lalu.

“Kami mendapat berita oleh wakil keluarganya, yang Jeanette Zacarias Zapata meninggal dunia pada jam 3.45 petang tadi,” kata promoter pertandingan, Groupe Yvon Michel dalam satu kenyataan.

Dalam pertarungan, Houle memberikan tumbukan kiri dan kanan yang membuatkan Zapata tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke hospital.

“Sukan ini berdepan banyat risiko dan bahaya. Tetapi ia tugas dan minat kami.

“Saya tidak mempunyai sebahagian perancangan untuk mencederakan lawan dengan serius,” kata Houle. –