“Ada harapan rentas negeri, tapi saya minta sabar sekejap lagi” -KJ

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Sudah hampir setahun rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk merentas negeri jika tiada urusan mustahak seperti kematian atau kecemasan disebabkan pandemik.

Jadi, kebenaran untuk merentas negeri merupakan satu khabar yang sangat ditunggu-tinggu oleh rakyat Malaysia terutamanya yang sudah berbulan-bulan tidak pulang ke kampung halaman.

Menerusi laporan dari Utusan Malaysia, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihak kerajaan sedang dalam proses mempertimbangkan beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) termasuk aktiviti rentas negeri dalam masa terdekat.

Perkara itu akan dibawa dalam perbincangan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) berdasarkan penilaian risiko Kementerian Kesihatan. Jadi, beliau berharap rakyat Malaysia supaya bersabar untuk sedikit masa lagi.