PGA tahan lelaki bawa 493 kg minyak masak peket tanpa kebenaran

PGA tahan lelaki bawa 493 kg minyak masak peket tanpa kebenaran

PASIR MAS: Tindakan seorang lelaki membawa 493 minyak masak peket tanpa kebenaran membawa payah selepas ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Binjal, petang semalam.

Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan semasa memandu kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Unser pada pukul 3 petang

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain, pemeriksaan ke atas MPV itu membawa kepada penemuan 20 kotak mengandungi 493 kg minyak masak bersubsidi.

Katanya, semakan mendapati lelaki berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan dengan minyak masak peket yang dibawanya itu.

“Hasil soal siasat mendapati suspek mendakwa bekalan terbabit dibeli melalui kedai pemborong di Pasir Mas dan Kota Bharu untuk dijual di kedai runcit milik majikannya di Lemal, Pasir Mas.

“Suspek bekerja sebagai pembantu kedai dengan majikannya yang bergelar Ustaz hampir sebulan lalu. Minyak masak yang ditemukan dalam MPV itu dikatakan di tinggalkan oleh majikannya di tempat yang tiada permit sah untuk penyimpanan barang kawalan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahmad Radzi memberitahu, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya, nilai keseluruhan termasuk kenderaan adalah lebih RM31,000.-UTUSAN

Scroll to Top