
Kim Pan Gon – Foto: Bernama
KETUA jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon, mengingatkan sesetengah pihak agar mengenang semula perjalanan Harimau Malaya sejak dia mengambil-alih 2022, bukan menilai prestasinya semata-mata dalam Piala Asia 2023.
Dalam sidang media selepas bertemu Korea Selatan malam tadi, pengendali itu menuntut kritikan yang lebih adil berikutan kegagalan mereka mencatat sebarang kemenangan untuk terkandas awal dalam Kumpulan E.
“Selepas 42 tahun menanti untuk layak, pemain Malaysia tidak pernah melalui tekanan dalam kejohanan indah seperti ini dan kami harus menikmatinya serta kami bertekad kembali ke sini.
“Korea layak kancah ini dalam masa 32 tahun, selepas 16 tahun barulah mereka memenangi perlawanan pertama di tempat sendiri dan 24 tahun pula di tempat lawan.



