Piala Asia: Fizikal bukan ukuran

Piala Asia: Fizikal bukan ukuran

Kim Min-jae (kiri) disenarai dalam skuad Korea Selatan dan mungkin diturunkan ketika berdepan Malaysia nanti. Foto Agensi

PEMAIN sayap lincah, Faisal Halim tidak gentar berdepan mana-mana pemain lawan termasuk pertahanan terbaik dunia yang membarisi pasukan Korea Selatan.

Malah, Faisal yang mesra disapa Mickey sudah tidak sabar untuk memperagakan aksi terbaiknya untuk membantu Harimau Malaya merekodkan keputusan membanggakan di kempen Piala Asia 2023 di Qatar.

Menurut pemain berusia 26 tahun itu, dia sudah dalam mod bersedia dan hanya mengikut arahan sekiranya diturunkan dalam kesebelasan utama oleh ketua jurulatih Kim Pan-gon.

“Setiap pemain perlu bersedia secara mental dan juga fizikal bagi memberikan prestasi yang terbaik.

Scroll to Top