
Pemain Afrika Selatan, Kwagga Smith (kiri) dan RG Snyman (kanan) meraikan kejayaan menumpaskan England. – Foto AFP
KAPTEN Afrika Selatan, Siya Kolisi memuji semangat pasukannya selepas bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan England, 16-15 dalam aksi separuh akhir Piala Dunia Ragbi di Stade de France, awal pagi Ahad.
Kemenangan tersebut menyaksikan Springbok akan menempah perhitungan dengan New Zealand dalam aksi final pada minggu depan.
Kolisi berkata, dia bangga dengan semangat tidak mudah menyerah yang dipamerkan semua pemain Afrika Selatan untuk menewaskan England yang tampil dengan persembahan berkualiti.
“Sejujurnya, semua kerja keras yang kami lakukan telah berhasil. Kami tidak bermain baik hari ini seperti minggu lepas tetapi kami menemui cara untuk melawan dan kembali ke dalam permainan.



