Piala Emas Khir Johari: Melaka tempuh laluan sukar sebelum juara

Piala Emas Khir Johari: Melaka tempuh laluan sukar sebelum juara

Melaka yang diperkuatkan oleh pemain kebangsaan berjaya memanfaatkan kelebihan tersebut untuk membantu pasukan muncul juara Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari ke-57 pada Sabtu.

MELAKA tetap berdepan laluan sukar biarpun diletakkan sebagai status pasukan pilihan pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari ke-57.

Jurulatihnya, Khairul Anuar Ibrahim berkata, pasukan tersebut yang diperkuatkan dengan kehadiran enam pemain kebangsaan diuji seawal peringkat kumpulan lagi apabila diundi bersama Perak, Terengganu, Negeri Sembilan termasuk finalis, Pulau Pinang.

Menurutnya, kejayaan menjulang piala tertua tersebut di negara ini selepas menanti 39 tahun adalah sebagai kenangan paling manis kepada pemain dan peminat sepak takraw Melaka.

“Jadi kemenangan ini bukanlah cukup mudah, semua pasukan yang sertai kejohanan ini adalah pasukan yang terbaik, tapi Alhamdulillah, Melaka berjaya juga menang,” katanya.

Scroll to Top