Pilih Nama Muhammad Yassir Hayyan, Syasya Rizal Selamat Bersalin Anak Sulung

Pilih Nama Muhammad Yassir Hayyan, Syasya Rizal Selamat Bersalin Anak Sulung

Bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal selamat bersaling anak sulung lelaki.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Syasya menerusi perkongsian di Instagram miliknya pada Isnin.

Dalam hantaran tersebut, Syasya memuat naik foto suaminya, Nasrullah membaca azan dan iqamat kepada putera sulungnya yang diberi nama Muhammad Yassir Hayyan.

“Pada awal tahun ini, saya memohon kepada Allah untuk kehidupan yang dipenuhi dengan cinta dan tujuan, sebagai balasannya beginilah cara kami mengakhir tahun.

“Alhamdulillah, rezeki dan amanah terbesar buat mama dan baba. Muhammad Yassir Hayyan,” tulisnya.

Sekadar info, Syasya mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Nasrullah pada 20 April lalu.

Pada April lalu, Syasya mengumumkan dia telah menarik diri daripada Dolla atas sebab peribadi.

Susulan itu, Syasya mengejutkan ramai apabila dia memuat naik foto majlis pernikahan bersama pilihan hati pada 20 April lalu dan kini sedang menanti kehadiran anak sulung selepas memaklumkan berbadan dua pada September lalu.

Scroll to Top