Lebih 200,000 cawan NESCAFÉ suntik semangat TUDM, peserta perarakan Merdeka

Lebih 200,000 cawan NESCAFÉ suntik semangat TUDM, peserta perarakan Merdeka

SUBANG – Lebih 200,000 cawan kopi diagihkan NESCAFÉ kepada anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), petugas barisan hadapan, sukarelawan dan orang ramai sebagai usaha menyuntik semangat sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69.

Daripada jumlah itu, lebih 80,000 cawan disediakan kepada anggota TUDM dan petugas yang menjalani latihan serta membuat persiapan bagi sambutan Hari Kemerdekaan, manakala lebih 120,000 lagi diagihkan ketika perarakan di Dataran Putrajaya.

Pegawai Eksekutif Perniagaan, Kopi, Nestlé Malaysia, Norkhayati Mohamed Hashini berkata, inisiatif ‘Ngopi Dulu & Kekal Bersemangat Bersama’ itu merupakan penghargaan kepada komuniti yang terus menjalankan tanggungjawab ketika rakyat meraikan kemerdekaan.

“Ketika kebanyakan rakyat Malaysia meraikan Merdeka, komuniti TUDM terus melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, semangat dan ketabahan bagi memastikan sambutan berjalan lancar.

“Adalah penting bagi NESCAFÉ untuk bersama-sama mereka pada hari ini, kami bukan sekadar mahu memberikan penghargaan kepada mereka tetapi mahu menterjemahkannya melalui tindakan. Justeru, kami ambil inisiatif menaik taraf tempat warga TUDM beristirahat supaya mereka mempunyai ruang yang lebih selesa untuk berehat dan mengisi semula tenaga,” katanya.

Lebih 200,000 cawan NESCAFÉ suntik semangat TUDM, peserta perarakan Merdeka

Norkhayati di sudut istirahat khas yang dinaik taraf untuk anggota TUDM.

Beliau berkata demikian pada program ‘Ngopi Dulu & Kekal Bersemangat Bersama’ sempena pelepasan raptai pertunjukan udara TUDM bagi sambutan Hari Kemerdekaan di Pangkalan Udara Subang baru-baru ini.

Menurut Norkhayati, sebuah mesin layan diri baharu yang menyediakan produk Nestlé juga ditempatkan di ‘Hangar No. 20 Skuadron, iaitu ruang yang memberi peluang kepada kakitangan untuk beristirahat dengan meluangkan masa bersama sebelum kembali menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Ujarnya, NESCAFÉ turut menyasarkan untuk memperluaskan kemudahan seumpama itu kepada komuniti lain pada masa akan datang bagi menyediakan ruang kepada komuniti berehat seketika ketika menjalankan tugas.

 Yusri turut menyempurnakan simbolik merasmikan mesin layan diri Nestle.

 Yusri turut menyempurnakan simbolik merasmikan mesin layan diri Nestle.

Sementara itu, Komander Pangkalan Udara Subang, Brigedier Jeneral Yusri Jamari TUDM berkata, sumbangan berkenaan mempunyai makna tersendiri kepada warga TUDM yang ada kalanya perlu bertugas untuk tempoh panjang dan berjauhan daripada keluarga.

 YUSRI

 YUSRI

Beliau menegaskan, tugas mempertahankan kedaulatan negara bukan sahaja digalas kru udara, malah membabitkan pengawal trafik udara, anggota bantuan operasi serta anggota sokongan tempur yang bekerja di belakang tabir.

“Secawan kopi mungkin kelihatan kecil dan sederhana, tetapi bagi seseorang yang telah bertugas dalam tempoh panjang, ia memberi ruang untuk berhenti seketika, mengembalikan tenaga dan paling penting membuatkan mereka berasa dihargai.

“Kerjasama ini juga membawa mesej bahawa warga TUDM tidak bersendirian dan masyarakat menghargai khidmat serta pengorbanan mereka,” ujarnya.

Bagi Pegawai Memerintah No. 20 Skuadron, Leftenan Kolonel Norlela Harun TUDM, kerjasama dengan sektor korporat bukan sahaja memberi manfaat kepada anggota, malah membuka ruang kepada masyarakat luar memahami dengan lebih dekat fungsi dan tanggungjawab TUDM.

NORLELA

NORLELA

Beliau yang sudah 26 tahun berkhidmat dalam TUDM berkata, kerjasama itu merupakan yang pertama seumpamanya melibatkan NESCAFÉ dengan No. 20 Skuadron.

“Melalui program seperti ini, kami boleh berkongsi mengenai peranan dan fungsi TUDM serta tugas No. 20 Skuadron, sekali gus memberi pendedahan kepada sektor korporat mengenai tanggungjawab kami kepada negara,” beritahunya.

Dalam pada itu, Pegawai Memerintah No 1. Skuadron, Leftenan Kolonel Syazwan Mohamed TUDM menegaskan, sokongan menerusi inisiatif berkenaan terbukti mampu menjadi pemangkin semangat kepada anggota penerbangan sepanjang melaksanakan tugasan sehingga selamat mendarat di Pangkalan Udara Subang.

SYAZWAN

SYAZWAN

“Alhamdulillah, semua kru penerbangan hari ini begitu bersemangat dan segar selepas menerima sokongan daripada NESCAFÉ sebelum penerbangan.

“Ia sedikit sebanyak membantu kami kekal bertenaga sepanjang penerbangan sehingga selamat mendarat di Pangkalan Udara Subang. Semoga hubungan antara TUDM dan NESCAFÉ terus terjalin erat,” katanya.

Syazwan yang bertugas bersama kru pesawat CN235-220 ‘Maritime Surveillance Aircraft’ (MSA) juga menyifatkan, keletihan menjalankan tugas menjelang Hari Kebangsaan terlalu kecil jika dibandingkan dengan pengorbanan pejuang terdahulu yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

Katanya, pengorbanan generasi terdahulu perlu terus dihargai dengan memastikan kedaulatan serta kemerdekaan negara sentiasa dipertahankan.

Pembantu Juruterbang TUDM, No.1 Skuadron, Kapten Nur Farah Mohd Shukuri TUDM turut bersetuju bahawa sokongan daripada sektor swasta memberi dorongan positif kepada kru yang terbabit dalam lintas hormat udara sempena sambutan Hari Kebangsaan.

NUR FARAH

NUR FARAH

“Sokongan semua pihak sama ada kerajaan atau swasta membuatkan kami lebih bersemangat untuk melaksanakan tugas dengan baik. Saya juga berharap kemudahan seperti mesin layan diri ini suatu hari nanti dapat diperluaskan ke Sabah dan Sarawak,” syornya.

Pegawai Kejuruteraan TUDM, No. 3 Skuadron, Kapten Nur Shahira Norazman TUDM pula memberitahu, pasukan kejuruteraan mungkin tidak kelihatan ketika pertunjukan di Putrajaya, namun mereka memainkan peranan penting memastikan pesawat berada dalam keadaan siap sedia untuk diterbangkan.Justeru baginya, pengiktirafan kepada anggota yang bekerja di belakang tabir turut memberi makna besar kerana setiap tugasan udara memerlukan sokongan menyeluruh daripada pasukan di darat.

NUR SHAHIRA

NUR SHAHIRA

Selain TUDM, NESCAFÉ sebelum ini turut melaksanakan inisiatif pengagihan minuman kepada beberapa komuniti termasuk di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia di Kelantan.

Warga TUDM beratur mendapatkan minuman kopi dari NESCAFÉ.

Warga TUDM beratur mendapatkan minuman kopi dari NESCAFÉ.

Scroll to Top