LATEST

Harapan tinggi suntik motivasi Harimau Malaya

Harapan tinggi suntik motivasi Harimau Malaya

zulfaizan@mediaprima.com.my

Baca juga: “Saya dah give up nak TTC”- Janna Nick kecewa bentuk fizikal dihina, fokus misi kuruskan badan

Kuala Lumpur: Meskipun dianggap tampil dengan skuad kedua, namun harapan tinggi tetap diletakkan buat Harimau Malaya untuk melakar keputusan positif dalam dua aksi persahabatan menentang China dan Yaman.

Justeru, anak buah Tan Cheng Hoe perlu mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal bagi menyerap segala tekanan apatah lagi mereka bakal mengharungi dua aksi antarabangsa itu di Guangdong, China.

Bekas pemain kebangsaan, Mahali Jasuli bagaimanapun menjelaskan harapan tinggi tidak seharusnya dianggap sebagai bebanan atau tekanan, sebaliknya ia perkara normal buat mana-mana pasukan bola sepak terutama skuad kebangsaan.

Malah, Mahali yang turut berada dalam skuad ketika Harimau Malaya menjulang Piala AFF pada 2010 menganggap pemain perlu menggunakan harapan itu sebagai motivasi untuk mencapai keputusan yang positif.

“Harapan tinggi bukan nak kata tekanan, tetapi perkara normal untuk setiap pemain. Memang daripada dulu pun, sentiasa akan ada dan apabila kita buat sesuatu yang baik, akan ada lagi harapan untuk kita beri yang lebih baik.

“Untuk pasukan kebangsaan, ini satu perkara yang normal dan saya berasa semua pemain sudah sedia maklum. Kalau bermain untuk pasukan kebangsaan tekanan memang ada dan apabila sudah buat sesuatu yang baik untuk pasukan negara, memang kena konsisten,” katanya.

Harimau Malaya melakar pencapaian yang memberansangkan pada Piala ASEAN Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) apabila tidak tewas dan bolos dalam empat perlawanan menentang Bangladesh, Indonesia, Singapura dan Vietnam.

Anak buah Cheng Hoe mendapat pujian terutama selepas membelasah Singapura 6-0 di peringkat kumpulan selain menewaskan Vietnam 1-0 dalam aksi penentuan tempat ketiga untuk menamatkan kemarau 12 tahun tidak menang ke atas jaguh Asia Tenggara itu.

Harapan peminat sudah pasti mahu melihat prestasi itu dapat diteruskan apabila berdepan China dan Yaman di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre pada Sabtu dan Selasa ini.

Namun, apa yang menjadi kerisauan adalah skuad Harimau Malaya kali ini tampil tanpa ramai tonggak penting seperti Bergson Da Silva, Arif Aiman Hanapi, Nooa Laine, Manuel Hidalgo, Stuart Wilkin dan La’Vere Corbin-Ong.

Ketiadaan mereka mencetuskan tanda tanya mengenai keupayaan skuad Cheng Hoe apatah lagi bakal berdepan China yang berada di ranking ke-96 dunia.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news