safeek@bhnews@bh.com.my
Baca juga: Tanah runtuh Paya Terubong: Mitigasi penstabilan cerun dijangka ambil masa hingga 5 bulan
Hulu Selangor: Satu lagi mayat mangsa lemas tragedi kepala air di Sungai Liut, Kampung Pertak, di sini, ditemui di sekitar kawasan Empangan Sungai Selangor pagi hari ini.
Ia menjadikan enam mangsa ditemukan setakat ini, manakala dua lagi masih hilang.
Mayat mangsa yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemukan pada 10.15 pagi sebelum dibawa ke Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) untuk tindakan lanjut.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini turut memberi tumpuan di Sektor A susulan pengesanan bau dipercayai daripada mangsa di kawasan berkenaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd