LATEST

Fuellkrug kembali perkuat Jerman

Fuellkrug kembali perkuat Jerman

Berlin: Ketajaman Niclas Fuellkrug bersama Werder Bremen selepas melalui tempoh sukar di West Ham dan AC Milan membuahkan hasil apabila penyerang berusia 33 tahun itu kembali mendapat panggilan menyertai skuad kebangsaan Jerman.

Baca juga: Isu pengampunan Najib: ‘Tanya Anwar, bukan Istana’ – MB Johor

Pengendali Jerman, Jurgen Klopp menyenaraikan Fuellkrug bagi menghadapi dua aksi Liga Negara-Negara menentang Serbia, awal pagi Sabtu ini dan Belanda minggu depan.

Kali terakhir penyerang itu menyarung jersi Die Mannschaft adalah ketika tewas kepada Perancis dalam aksi penentuan tempat ketiga Liga Negara-Negara pada Jun 2025.

Prestasi cemerlangnya bersama Bremen menyukarkan Klopp untuk mengetepikan pemain itu meskipun sebelum ini menegaskan tumpuan pasukan adalah membangunkan barisan pemain muda.

Fuellkrug kini mendahului carta penjaring Bundesliga mengatasi Harry Kane selepas meledak 12 gol dalam 11 perlawanan semua kejohanan, berbeza ketika hanya menjaringkan empat gol sepanjang dua musim selepas menyertai West Ham.

“Kadangkala prestasi semasa mengatasi segala-galanya. Dia membuktikan kemampuannya menerusi pelbagai jenis jaringan dan hampir kesemuanya cukup menarik,” kata Klopp.

Fuellkrug turut memiliki rekod baik bersama Jerman apabila menjaringkan 14 gol dalam 24 penampilan, kebanyakannya ketika diturunkan sebagai pemain gantian.

Bagi penyerang itu, kepulangannya ke Bremen menerusi pinjaman semusim daripada West Ham menjadi faktor utama kebangkitan prestasinya kerana kelab berkenaan dianggap sebagai rumah sendiri.

“Ini rumah bola sepak saya. Semua orang tidur lebih lena di katil sendiri. Saya benar-benar berasa selesa di sini,” katanya.

Ketika bersama West Ham, Fuellkrug hanya menjaringkan tiga gol sepanjang 18 bulan di London, selain kerap dibelenggu kecederaan.

Bagaimanapun, dia mengakui faktor kecergasan dan sokongan rakan sepasukan menjadi kunci untuk kembali menemui sentuhan terbaiknya.

“Saya tidak mampu kekal cergas. Kuncinya adalah memastikan kecergasan terjaga dan mempunyai pasukan yang sentiasa mencari saya serta menyalurkan bola pada waktu tepat,” katanya.

Kebangkitan Fuellkrug turut menyerlahkan kekurangan penyerang tengah berkualiti yang dihadapi Jerman, negara yang pernah melahirkan nama besar seperti Gerd Muller, Rudi Voller dan Jurgen Klinsmann.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news