LATEST
National

Perintah tahan rumah Najib bukan ‘hukuman dua darjat’

Perintah tahan rumah Najib bukan ‘hukuman dua darjat’

KUALA LUMPUR: Kerajaan menafikan dakwaan pelaksanaan perintah tahanan di rumah ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘hukuman dua darjat’.

Baca juga: JAC T9, trak pikap PHEV pertama CKD

Sebaliknya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menegaskan layanan sama boleh dinikmati mana-mana banduan berdasarkan pertimbangan lembaga pengampunan.

Katanya, mana-mana banduan layak mengemukakan petisyen kepada lembaga pengampunan selepas selesai menjalani keseluruhan proses pengadilan di negara ini.

“Ini hak semua orang, sama ada orang kaya, miskin, kecil atau besar. Ini undang-undang sebut begitu dan negara ini negara hukum,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) mengenai dakwaan perintah tahanan di rumah ke atas Najib sebagai ‘hukuman dua darjat’.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news