LATEST

Mangsa banjir Selangor, Perak terus meningkat

Mangsa banjir Selangor, Perak terus meningkat

asyikin.mat@hmetro.com.my

Baca juga: PH seru pengundi keluar awal, elak hujan petang

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir di Selangor dan Perak semakin meningkat kepada 1,520 orang yang kini ditempatkan di 11 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat jam 1 tengah hari tadi.

Angka itu meningkat sebanyak 76 orang berbanding 1,444 orang mangsa setakat jam 8.30 pagi tadi.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Selangor kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 1,198 orang membabitkan 331 keluarga yang ditempatkan di sembilan PPS di daerah Kuala Selangor.

Perak pula merekodkan 315 mangsa daripada 91 keluarga yang ditempatkan di dua PSS di Hilir Perak.

Daripada jumlah keseluruhan mangsa, seramai 481 mangsa adalah wanita dewasa, 459 lelaki dewasa, 237 kanak-kanak perempuan 300 kanak-kanak lelaki, 30 bayi lelaki serta 13 bayi perempuan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news