SEPANJANG dua tahun lalu, gaya kerja hibrid, transformasi industri peruncitan, interaksi digital, dan automasi perusahaan dilihat kian berkembang sekali gus meningkatkan digitalisasi dalam kalangan pengguna dan peniaga.
Kini setelah memasuki fasa peralihan endemik, peniaga turut dilihat mencari jalan bagi memanfaatkan teknologi untuk memacu pertumbuhan perniagaan seterusnya meraih peluang perniagaan baharu.
Antara pelaburan digital terbaik yang boleh dilakukan usahawan adalah dengan beralih ke rangkaian awan pintar.
Daripada kecekapan yang dipertingkatkan sehingga pengukuhan keselamatan data dan penyelarasan operasi perniagaan, ini hanyalah sebahagian daripada faedah penggunaan rangkaian awan pintar.
Terdapat pelbagai pendekatan migrasi dan model berbeza yang boleh diadaptasikan oleh sesebuah syarikat bagi memenuhi keperluan transformasi digital mereka.
Dengan adanya pelbagai model penggunaan rangkaian awan, sesebuah perniagaan boleh memilih daripada rangkaian awan awam, awan persendirian, awan hibrid, dan berbilang awan khusus untuk keperluan industri dan transformasi.
Secara amnya, proses memindahkan kesemua operasi syarikat kedengaran mudah namun dengan pelbagai pilihan rangkaian awan, penting untuk usahawan memilih model yang tepat.
Kepentingan menjadi penerima awan
Menurut Ketua Perniagaan Produk Cloud Maxis, Amanda Lensing, peralihan ke ‘cloud right’ adalah sama penting dengan ‘cloud first’.
“Permulaan strategi awan yang betul boleh menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah perniagaan dalam meminimumkan kos serta mengurangkan risiko keselamatan.
“Walau bagaimanapun, tanpa usaha yang sewajarnya, pemilik perniagaan mungkin terpaksa mengeluarkan kos bagi memperbaiki infrastruktur awan dengan cara pembaikan segera yang lama-kelamaan menjadi luput.
“Penyelesaian pembaikan segera ini bakal menjadi beban kewangan dan membawa kepada risiko keselamatan sewaktu peralihan perkhidmatan awan yang akan memakan belanja 30 sehingga 50 peratus daripada perbelanjaan keseluruhan IT”, kata Lensing.
Memandangkan pengkomputeran awan masih samar, terdapat beberapa mitos yang membuatkan sesetengah syarikat khuatir untuk melakukan peralihan ke awan.
Berikut beberapa mitos sering digembar-gemburkan.
1.Menjadi yang pertama adalah segala-galanya
Sementara perniagaan berhasrat menghapuskan masalah IT bayangan, perniagaan juga berlumba untuk mengadaptasikan pengkomputeran awan tanpa memahami keperluan masa depan organisasi mereka sepenuhnya.
Oleh itu, usahawan perlu mempertimbangkan model penggunaan yang sesuai dengan pengoperasian mereka sama ada rangkaian awan jenis awam, persendirian atau hibrid.
Namun, tidak semua penyedia perkhidmatan awan mampu menyediakan ketiga-tiga jenis model rangkaian awan.
Memahami keperluan itu, Maxis tampil dengan rangkaian awan menerusi kolaborasi bersama penyedia awan utama global bagi menawarkan awan yang tepat dan sesuai untuk pengguna.
Berfungsi sebagai penyedia perkhidmatan awan yang holistik untuk membantu rakan niaga dalam perjalanan transformasi dan digitalisasi mereka, Maxis menawarkan kepakaran melalui perkhidmatan professional dan pengurusan kepada pelanggan.
Sebagai contoh, apabila Sime Darby Industrial Sdn Bhd (SDISB) mengadaptasikan awan secara awal pada tahun 2018, mereka berdepan dengan cabaran dalam perjalanan digitalisasi mereka.
SIDB mendapati infrastruktur mereka telah salah konfigurasi, sehingga menyebabkan laman web e-dagang SDISB di Malaysia menghadapi isu penskalaan dan keselamatan sehingga kerap berlaku gangguan untuk pelanggan e-dagang, malah meningkatkan kos untuk SDISB.
Maxis tampil membantu menyediakan penyelesaian menyeluruh dengan meningkatkan prestasi laman e-dagang SDISB dengan mengkonfigurasikan Khidmat Simpanan Mudah Amazon (Amazon Simple Storage Service, S3) dan Khidmat Pangkalan Data Hubungan Amazon (Amazon Relational Database Service, RDS) yang telah mempermudahkan pentadbiran pengkalan data dan penskalaan.
Ketua Jualan Digital SDISB, Ganeemathullah Bharudin, mengakui dengan tahap kepakaran teknikal Maxis, mereka mampu mengawal dan meningkatkan infrastruktur rangkaian awan mereka dengan lebih baik.
2. Rangkaian awan tidak cukup selamat
Secara umumnya, keselamatan infrastruktur awan awam adalah salah satu kebimbangan terbesar dan punca orang ramai mengelak dari mengadaptasikan awan.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini kesemua penyedia perkhidmatan awan utama (CSP) telah membuat penambahbaikan ketara untuk mengukuhkan keupayaan keselamatan mereka.
Pada masa kini, model perniagaan CSP bergantung kepada keselamatan terbaik dan mereka telah membina banyak peralatan serta kaedah baharu untuk menjadikan awan selamat buat pengguna.
Menurut satu artikel firma perunding pengurusan McKinsey, perkembangan ini penting kerana hampir semua pencerobohan awan awam disebabkan oleh konfigurasi pelanggan perusahaan yang tidak selamat.
Persoalan utama kemudiannya beralih daripada selamat manakah rangkaian awan itu, kepada apakah langkah yang perlu dilaksanakan oleh syarikat atau perniagaan untuk meningkatkan keselamatan persekitaran awan mereka.
Perkara ini boleh diaplikasikan dalam beberapa industri seperti pendidikan dan penjagaan kesihatan.
Sebagai contoh, Brickfields Asia College (BAC), iaitu sebahagian daripada Kumpulan Pendidikan BAC di Malaysia, telah bermigrasi ke awan pada awal tahun 2019.
Maxis Right Cloud telah membantu BAC mengemudi proses yang kompleks setelah ia bergelut untuk mengoptimumkan infrastruktur awan mereka dengan sepenuhnya.
Bagi menguruskan risiko keselamatan BAC dengan lebih baik, Maxis memperkenalkan penapis Tembok Api Aplikasi Web AWS dan menetapkan peraturan untuk jenis akses yang dibenarkan pada setiap halaman.
Alternatif ini telah menghalang rangkaian luar daripada mengakses rangkaian dalaman BAC dengan menggunakan penyelesaian Awan Persendirian Maya Amazon (VPC) dan Rangkaian Persendirian Maya AWS (VPN).
Pasukan pakar awan Maxis juga telah mengenalpasti bidang tumpuan pendidik BAC dan menjalankan migrasi awan-ke-awan ke Perkhidmatan Web Amazon (AWS).
Dalam beberapa bulan, BAC telah memindahkan 50 aplikasi mudah alih dan pengurusan web pelajar dan pembelajaran dalam talian, yang mana separuh daripada jumlahnya diuruskan oleh Maxis.
Maxis Right Cloud membantu syarikat mengemudi proses yang kompleks sementara bekerja ke arah mengoptimumkan infrastruktur awan mereka. – FOTO Maxis
3. Penggunaan awan terlalu kompleks dan mahal
Tidak terhad kepada syarikat besar yang tersenarai dalam 500 Fortune, awan turut boleh dimanfaatkan oleh semua jenis perniagaan.
Kebanyakan perniagaan kecil mengutamakan kemajuan dan memberi kurang penekanan terhadap krisis bagi memastikan pintu perniagaan sentiasa terbuka walaupun dalam keadaan getir.
Walau bagaimanapun, awan juga mampu memberikan perniagaan kecil fleksibiliti dan kebolehan berskala dengan menambah peralatan yang diperlukan untuk mengikuti arus perkembangan perniagaan.
Migrasi infrastruktur perniagaan ke dalam rangkaian awan juga menjadikan sesebuah perniagaan lebih mudah untuk kekal berfungsi dalam krisis.
Peralihan ke rangkaian awan juga meringankan bebanan pasukan IT syarikat dengan memanfaatkan penyedia perkhidmatan untuk membantu dengan tugas harian. Ini termasuk, pemantauan dan sokongan rangkaian seperti Maxis untuk melakukan kerja asas mereka.
Ia sekali gus dapat mengelak daripada berlakunya kesilapan yang biasa dilakukan dengan memanfaatkan tawaran perkhidmatan profesional untuk mereka cipta, membina dan mengoptimumkan strategi awan mereka.
Perkasakan awan dengan rangkaian yang tepat
Adaptasi teknologi baharu sahaja tidak mencukupi dalam transformasi sesebuah perniagaan. Kesalinghubungan juga penting dalam penghantaran dan prestasi perkhidmatan berdasarkan awan.
Direka untuk keselamatan dan ketangkasan lebih baik, rangkaian yang diperakui MEF 3.0 dari Maxis Business ini menyokong perniagaan melalui model komersial yang fleksibel dan adaptif yang membolehkan mereka membuat skala dengan cepat bagi memadankan penggunaan awan, serta keselamatan rangkaian yang disepadukan ke dalam sistem awan.
Ini seterusnya memberikan hasil dalam meningkatkan efisiensi dalam kos dan integriti data yang lebih baik.
Untuk maklumat lanjut mengenai Maxis Right Cloud dan bagaimana ia boleh membantu perniagaan anda, klik pautan ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd