Baru-baru ini tular sebuah video rawatan alternatif bagi merawat pesakit kanser sehingga mendapat perhatian warganet.
Menerusi video yang dimuat naik di platform Twitter, dilihat seorang lelaki sedang melakukan pemeriksaan ke atas seorang pesakit kanser paru-paru menggunakan sebuah alat khas yang mengeluarkan lampu berwarna biru.
Difahamkan alat tersebut dipercayai dapat menyembuhkan penyakit kanser paru-paru warga emas itu setelah melakukan sebanyak tiga kali rawatan.
Keberkesanan rawatan itu dapat dilihat apabila pesakit yang sebelum ini terlantar di atas katil berjaya bangun dan duduk pada kerusi seperti biasa.
Perkongsian video berjaya meraih hampir 200k tontonan di Twitter itu telah menerima pelbagai respon di kalangan warganet, di mana ramai meluahkan kerisauan melihat orang awam lain ‘ditipu’ oleh individu tidak bertanggungjawab.
Menurut Ikhwan, dia berharap pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghantar pasukan penguatkuasa mereka bagi melakukan penyiasatan terhadap individu tersebut dan lain-lain yang mendakwa dapat menyembuhkan penyakit kanser.
Tolong lah @KKMPutrajaya pergi hantar pasukan penguatkuasa, siasat mamat ni dan lain lain orang yang claim boleh sembuhkan kanser. Kesian orang awam. Apa benda main tembak light saber boleh sembuh kanser, kalau betul kau dah menang Nobel Price Award Of The Century kot. pic.twitter.com/oDXRJt2CGl
— Ikhwan (@JatIkhwan) June 21, 2022
Kepala hotak kau lah membuka cakra dan bina sel baru. Kau ingat kau seguru dengan Dr Strange ke main buka buka cakra. Aih nak marah betul aku orang bodoh gini lah. pic.twitter.com/C5VJE27q8I
— Ikhwan (@JatIkhwan) June 21, 2022
Apa yang mengejutkan Ikhwan, individu berkenaan siap mempunyai majlis pengijazahan Tenaga Dalam Illahi seperti yang ditulis di laman sesawang.
Tidak cukup dengan itu, laman sesawang tersebut turut dipenuhi dengan terma seperti bio magnetik, kuasa kuantum dan sebagainya lagi.
Malah, individu tersebut dilihat mempunyai penyokong dan ada yang meminta Ikhwan untuk tidak masuk campur kerana ia adalah pilihan masing-masing, selain terbukti ia berkesan kepada mereka.
Bagaimanapun, ketika ini masih tidak dapat dipastikan akan keberkesanaan rawatan alternatif tersebut dan kejadian berkenaan berlaku di mana.
Sumber: Twitter @JatIkhwan