PKD Kenderaan mengalami kemalangan semasa menghantar Pasukan Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Pahang: Dukacita dimaklumkan bahawa sebuah kenderaan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan, Pahang telah terlibat dalam satu kemalangan pagi tadi ketika dalam perjalanan menghantar Pasukan Bergerak Orang Asli, PKD Pekan ke perkampungan Orang Asli untuk melakukan lawatan pemeriksaan kesihatan berkala.
Kemalangan tersebut telah meragut nyawa pemandu dan seorang jururawat, manakala seorang pegawai perubatan telah dirujuk untuk rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Afzan. Punca kemalangan masih dalam siasatan pihak polis.

Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan yang terkorban ketika melaksanakan tugas. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Photo and Source: Dr. Noor Hisham Abdullah
Official Facebook