Sudah hampir seminggu beberapa negeri di Malaysia dilanda banjir besar sehingga menyebabkan beratus ribu orang terpaksa dipindahkan ke kawasan yang selamat.
Mangsa-mangsa banjir yang tidak dipindahkan pula sehabis baik disantuni oleh pihak-pihak tertentu bagi memastikan mereka semua cukup bekalan makanan dan keperluan harian.
Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian salah seorang sukarelawan yang sudi mengerah tenaga memberikan bantuan makanan dan keperluan harian dikenali sebagai @shahir_ahmad98 telah meluahkan rasa ralat apabila ada sesetengah mangsa banjir yang ‘demand’ dengan memilih makanan yang diberikan.
Tak kurang juga yang tidak mahu mengambil makanan yang bungkusannya sedikit basah walaupun tahu mereka menghantar makanan tersebut menggunakan bot dan sedikit sebanyak terkena percikan air banjir.
@shahir_ahmad98 jenis nk suap dlm mulut ..
Ada juga yang malas untuk turut mengambil sendiri bantuan tersebut walaupun boleh sahaja mereka berbuat demikian. Pemuda berkenaan bercerita pengalamannya dalam keadaan mata berair kerana berasa begitu kecewa dengan hal tersebut lebih-lebih lagi ketika badan sendiri penat mengedarkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.
@shahir_ahmad98 jenis nk suap dlm mulut ..
Kerenah-kerenah yang aneh datang dari mangsa-mangsa banjir itu sedikit sebanyak membuatkan orang ramai yang menonton video tersebut berasa geram.
Walau bagaimanapun, mereka tetap memberikan kata-kata semangat kepada sukarelawan yang datang dari Teluk Intan, Perak itu agar sabar dan bertabah dengan perangai ‘orang bandar’.





Sumber: TikTok @shahir_ahmad98




