Suasana pilu iringi kepulangan Allahyarham Ahmad Shah

Suasana pilu iringi kepulangan Allahyarham Ahmad Shah

suharmin.yusuf@hmetro.com.my

Rawang: Suasana pilu menyelubungi Masjid Bandar Tasik Puteri, di sini, malam ini, apabila ahli keluarga dan rakan terdekat berkumpul bagi menyambut kepulangan jenazah rakyat Malaysia, Ahmad Shah Ahmad Ros, 26, yang maut selepas ditikam dalam kejadian di Korea Selatan, Ahad lalu.

Jenazah Ahmad Shah tiba jam 8.52 malam selepas diterbangkan dari Korea Selatan dan dibawa ke masjid untuk urusan solat jenazah dan pengebumian.

Kira-kira 200 keluarga serta rakan-rakan mangsa di perkarangan masjid jelas menunjukkan rasa kehilangan terhadap pemuda yang dikenali sebagai seorang yang peramah dan mudah membantu.

Sementara menunggu urusan solat jenazah dilaksanakan, ahli keluarga bersama jemaah masjid turut mengadakan bacaan tahlil dan doa untuk Allahyarham.

Difahamkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Tasik Puteri selepas solat Isyak, malam ini

Berita lanjut menyusul…

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top