PM Anwar dijangka dibenarkan pulang dari hospital hari ini – Wan Azizah

PM Anwar dijangka dibenarkan pulang dari hospital hari ini – Wan Azizah

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka dibenarkan pulang dari hospital hari ini selepas selesai menjalani rawatan, kata isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

PM Anwar dijangka dibenarkan pulang dari hospital hari ini – Wan Azizah

Memetik laporan Bernama, menurut Dr Wan Azizah, Anwar turut menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan agar beliau diberikan kesihatan serta kesejahteraan.

“PMX menitipkan salam dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan agar beliau diberikan kesihatan dan kembali sihat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program Semarak Merdeka Parlimen Bandar Tun Razak yang dianjurkan sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2026 di pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Cawangan Bandar Tun Razak, di sini.

Sebelum ini, pada Isnin, Anwar dilaporkan selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut atau para-umbilical hernia.

Artikel lain: PM Anwar tak hadir, pembangkang keluar dewan rakyat tak sertai sesi penerangan RCI TH

Selepas prosedur berkenaan, Perdana Menteri turut ditempatkan di bawah pemantauan rapi pasukan pakar perubatan bagi memastikan keadaan kesihatannya terus berada pada tahap baik.

Sumber: Bernama

Scroll to Top