PN yakin menang lebih besar dalam PRU akan datang

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Kuala Lumpur – Perikatan Nasional (PN) yakin menang majoriti lebih besar dalam pilihan raya umum akan datang berdasarkan rekod sepanjang lapan bulan lalu.

Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Azmin Ali berkata, untuk menghadapi PRU akan datang pihaknya telah membuat persiapan rapi dari pelbagai aspek.

“Namun sebarang pilihan raya tidak dapat diadakan ketika ini kerana penularan Covid-19 dan kerajaan kini fokus untuk mengatasi impak pendemik berkenaan,” kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu semasa ditemu bual oleh Bloomberg TV.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai sokongan Ahli Parlimen terhadap Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada 6 November lalu Azmin berkata, tiada sebab ia tidak diluluskan.

“Tiada alasan untuk Ahli- Ahli Parlimen tidak menyokong Belanjawan 2021 kerana ia dirangka bagi manfaat rakyat serta aktiviti ekonomi di Malaysia.

“Menteri Kewangan telah mengambil kira pendapat semua pihak untuk membuat pertimbangan,” katanya lagi.

Kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka berhadapan dengan satu lagi cabaran minggu depan apabila ahli-ahli Parlimen akan mengundi Belanjawan 2021 pada Khamis.

 

ZA137 Malay News

National Desk