Barcelonnette, Perancis: Pelumba Belgium Victor Campenaerts menangis kegembiraan selepas menjuarai peringkat ke-18 Tour de France ketika pendahulu keseluruhan Tadej Pogacar dan juara bertahan Jonas Vingegaard menyimpan tenaga mereka menjelang perlumbaan terakhir hujung minggu ini.
Pogacar dan Vingegaard tampak lebih tenang di garisan penamat bagi menghadapi kemuncak Tour 2024 di Nice pada Ahad ini.
“Esok dan Ahad,” kata Pogacar. “Jadi kami nikmati hari ini dengan pasukan, perjalanan yang indah,” kata juara edisi 2020 dan 2021 yang menduduki tempat kedua di dua Tour terakhir di belakang Vingegaard.
Pelumba Slovenia berusia 25 tahun itu hanya tiga hari lagi daripada satu lagi kejayaan selepas menjuarai Giro d’Italia pada Mei lalu dan akan muncul pelumba pertama dalam tempoh 25 tahun melengkapkan ‘double’ jika dia melakukannya.
Pogacar mengekalkan pendahuluan 3 minit 11 saat ke atas Vingegaard manakala Remco Evenepoel ketiga dengan 5 minit 09 saat.
Campenaerts pula menjuarai peringkat ke-18 selepas meloloskan diri daripada kelompok besar di Serre-Poncon dengan Matteo Vercher dan Michal Kwiatkowski menduduki tempat kedua dan ketiga.
© New Straits Times Press (M) Bhd




