Polis Akhirnya Bertindak Dalam Kes Shila Amzah Diserang Penyanyi Lagenda | Trending – Oh! Media

Polis Akhirnya Bertindak Dalam Kes Shila Amzah Diserang Penyanyi Lagenda | Trending – Oh! Media

Trending

Shila Amzah buat laporan polis dakwa diserang penyanyi legenda. Polis sahkan siasatan dibuka dan keterangan saksi telah dirakam.


Penyanyi terkenal, Shila Amzah mengejutkan ramai apabila tampil membuat laporan polis selepas mendakwa diserang oleh seorang artis legenda ketika sesi latihan sebuah konsert.

Menurut laporan Harian Metro, pihak polis telah membuka kertas siasatan dan merakam keterangan dua individu bagi membantu siasatan kes ini dan perkara ini dikatakan sendiri Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad.

Setakat ini, individu yang dikatakan menyerang penyanyi itu masih belum dipanggil, namun tindakan sedang diambil untuk mendapatkan keterangan daripadanya.

Tiada kecederaan, tapi kes tetap disiasat

Shila Amzah 1

Walaupun kejadian tidak membabitkan sebarang sentuhan fizikal atau kecederaan, siasatan tetap dijalankan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang berkaitan ugutan jenayah.

Shila membuat laporan di IPD Dang Wangi pada 5.31 petang semalam.

Shila Amzah didakwa kena serang ketika sesi latihan

Shila Amzah

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Shila mendakwa dirinya telah diserang secara terbuka oleh seorang artis berstatus legenda semasa sesi latihan konsert.

Setakat ini, identiti artis berkenaan masih belum didedahkan secara rasmi, namun spekulasi mula bertebaran di media sosial dan netizen dilihat memberikan pelbagai reaksi terhadap isu panas ini.

Pssttt! Apa pun status kita dalam industri seni, hormat dan profesionalisme harus dijaga. Jangan biarkan emosi sesaat rosakkan reputasi yang dibina bertahun lamanya.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top