Polis buru suspek tikam pekerja Pasar Borong KL

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Polis sedang mengenal pasti suspek yang disyaki menikam seorang pekerja Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam, berkata siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

“Mangsa yang cedera di belakang badan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Selayang.

“Mangsa tidak mengenali suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi menjejaki suspek terbabit,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki cedera selepas ditikam individu tidak dikenali ketika bekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur.

Mangsa berusia 30-an ditikam secara tiba-tiba kira-kira jam 8.40 pagi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top