Polis Israel tembak ibu empat anak sampai mati – Utusan Digital

Polis Israel tembak ibu empat anak sampai mati – Utusan Digital

BAITULMUQADDIS: Nyawa penduduk Palestin bagaikan tiada harga apabila polis Israel menembak mati seorang wanita Palestin berdekatan Pintu al-Silsila, Masjid al-Aqsa.

Lapor Quds News Network, Israel dilihat sekali lagi mencipta naratif baharu dengan skrip berulang iaitu ‘cubaan menyerang’ dan polis melepaskan tembakan dengan alasan ‘mempertahankan diri’.

Ini terbukti apabila polis Israel mendakwa kononnya Isra Khuzaimah, 30, cuba menikam anggota polis sebelum tembakan dilepaskan ke arahnya.

Lebih menyayat hati, ibu empat anak itu dibiarkan terbaring tanpa sebarang bantuan kecemasan sehingga akhirnya beliau mati syahid.

Rakaman video menunjukkan wanita itu langsung tidak memberikan sebarang ancaman atau cuba melakukan serangan.

Scroll to Top