Polis kesan saksi perbicaraan bernama Abang Nadiy

Polis kesan saksi perbicaraan bernama Abang Nadiy

rnoraina@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Seorang lelaki sedang dikesan polis sebagai saksi bagi satu kes perbicaraan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, saksi terbabit dikehendaki hadir bagi perbicaraan kes mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Lelaki itu dikenali sebagai Abang Nadiy Abang Sardon, 36, beralamat terakhir di No. 5 Jalan CV 1/1D Casa View, Dengkil, Selangor.

“Saksi terbabit diperlukan hadir di Mahkamah Sesyen Jenayah 6, pada 11 Oktober ini,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nik Nuhairi Syazwan Nik Ab Rahman di talian 011-17824934 atau Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di talian 03-22979222 sambungan 9223.

Selain itu, katanya, maklumat juga boleh disalurkan melalui Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top