am@hmetro.com.my
Alor Setar: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dilaporkan hilang sejak semalam.
Polis Kota Setar dalam kenyataan di Facebook (FB) hari ini memaklumkan, remaja terbabit, Muhammad Arif Muazzim Othman mempunyai ketinggian 170 sentimeter dan berat 70 kilogram.
Selain itu, remaja terbabit turut mempunyai parut di bahagian kening kanan.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengetahui di mana penama berada boleh menghubungi pegawai penyiasat di talian 013-9630772 Sarjan Syahidah atau talian hot line Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di talian 04-7747222.
Selain itu, maklumat boleh disalurkan melalui talian 04-7741222.
© New Straits Times Press (M) Bhd



