Polis perketat SJR elak rentas negeri setiap hujung minggu – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperketatkan sekatan jalan raya (SJR) pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk mengelakkan pergerakan rentas negeri dalam kalangan orang ramai sebagai usaha memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, ini berikutan PDRM mendapati setiap petang Jumaat hingga Ahad ramai orang mula melakukan perjalanan rentas negeri dengan pelbagai alasan, terutama untuk keluar dari Selangor dan Lembah Klang.

“Hanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tertentu sahaja membenarkan (rentas negeri) dengan permit atas alasan seperti suami isteri yang berjauhan, hantar anak balik asrama dan sebagainya tetapi kita tengok setiap Jumaat trafik meningkat takkan kecemasan hanya berlaku pada hari Jumaat?