Tak Terkucil Masa Rehearsal, Ramai Puji Nyanyian Nabila Razali

Sudah dua hari Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) melabuhkan tirai, namun nyanyian terkucilNabila Razali membawakan lagu Peluang Kedua masih lagi hangat diperkatakan.

Bagaimanapun, menerusi Instagram, komposer lagu tersebut iaitu MFMF berkongsikan video sesi latihan dimana Nabila dilihat selesa menyanyikan lagu tersebut dan tidak terkucil langsung.

BACA: “Nyanyian Nabila Razali Ingatkan Saya Kepada Allahyarham Rafeah Buang”

Menerusi entri itu, MFMF meluahkan rasa bangga dengan usaha yang dilakukan oleh Nabila untuk menyampaikan lagu ciptaan mereka.

Dalam pada itu, MFMF turut menyatakan kesudian mereka untuk terus bekerjasama dengan Nabila di masa akan datang.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji vokal Nabila ketika sesi latihan. Tidak kurang juga ada yang mengatakan mungkin pada malam AJL Nabila tidak dapat mengawal rasa gemuruh sehingga nyanyiannya terkucil.

Untuk rekod, Peluang Kedua merupakan hasil ciptaan Hael Husaini dan MFMF yang terdiri daripada tiga orang komposer iaitu Brendan, Justin dan Zen.