Polis Sahkan Ada Kerja Mengorek Di Putra Heights

Polis Sahkan Ada Kerja Mengorek Di Putra Heights

Pihak polis telah mengenal pasti kontraktor yang bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pembangunan di sekitar lokasi letupan paip gas bawah tanah di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights. Namun, siasatan terperinci masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian ini.

Polis sahkan aktiviti korek tanah gantikan paip kumbahan 30 meter dari lokasi letupan. Polis sudah kenalpasti kontraktor & pemaju.

Kerja korek tanah dilakukan pada 30 Mac. – CPO Selangor.

Fokus siasatan: Kecuaian dan faktor teknikal…

Kawasan tidak stabil, kerja menstabilkan kawasan itu baru kita boleh korek dan lakukan siasatan teknikal. – Ketua Polis Selangor

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, mengesahkan bahawa siasatan kini tertumpu kepada aspek kecuaian dan teknikal. Kerajaan negeri juga akan mengadakan sidang akhbar berkala bagi memberikan perkembangan terkini, terutama mengenai kebajikan mangsa yang terlibat.

Dakwaan Kerja Mengorek Tanah Sebelum Kejadian

Terdapat dakwaan mengatakan bahawa kerja-kerja mengorek tanah telah dilakukan berdekatan lokasi letupan sebelum insiden berlaku. Kerajaan negeri kini sedang menilai sama ada aktiviti tersebut memberi kesan terhadap kestabilan paip gas dan menjadi punca kebakaran besar ini.

Berita penuh menyusul…

Scroll to Top