am@hmetro.com.my
Georgetown: Polis menyelamatkan tiga lelaki warga Indonesia yang dikurung hampir setahun di sebuah kondominium di Jalan Dr Wu Lien Teh, di sini, semalam.
Difahamkan, laporan polis dibuat seorang lelaki yang datang dari Aceh, Indonesia bagi mencari saudaranya yang hilang tanpa jejak sejak setahun lalu.
Ketiga-tiga mangsa itu dipercayai dikurung di rumah berkenaan dalam keadaan kaki mereka diikat menggunakan rantai besi pada jeriji tingkap.
Seorang daripada mangsa dikatakan sempat menghantar lokasi keberadaannya sebelum pengadu datang membuat laporan polis.
Susulan itu, empat individu termasuk wanita warga asing direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 14 Jun ini.
Perintah reman terhadap suspek berusia 40 hingga 55 tahun itu dikeluarkan Majistret Azlan Basri bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 344 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd