faris.fuad@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Polis menyiasat video tular memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh dipercayai menggunakan senjata tajam dan besi di kawasan Flat Sri Timah, Balakong, dekat Kajang.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata ketika ini, pihaknya giat memburu individu berkenaan untuk membantu siasatan termasuk mengenal pasti motif kejadian.
“Pada jam 9 malam tadi, seorang pegawai di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang melihat video tular berdurasi seminit 32 saat itu.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 dan 269 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat, Inspektor Norhafiza Borhan di talian 03-89114222,” katanya dalam kenyataan, malam ini.
Menerusi video itu, beberapa kereta dilihat diparkir di tepi jalan dan berlaku pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki.
© New Straits Times Press (M) Bhd




