Polis Sudah Tahu Tempat Sajat Sembunyi

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Sudah lebih dua minggu Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman masih belum kesan selepas diburu oleh pihak berkuasa ekoran gagal hadir perbicaraan di mahkamah syariah.

Terbaru, Kosmo! melaporkan polis Selangor sudah mengetahui tempat persembunyian Sajat dan akan menggambil tindakan jika usahawan itu enggan menyerah diri.

BACA: Masih Belum Ditemui, JAIS & Polis Kerjasama Kesan Sajat

“Kalau dia enggan serah diri, kita akan ambil tindakan,” kata Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed.

Sebelum ini Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga meminta bantuan pihak polis untuk mengesan usahawan itu.

Terdahulu, mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atas usahawan kosmetik tersebut selepas dia gagal hadir prosiding sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita

Sejak waran berkenaan dikeluarkan, Nur Sajat terus menghilangkan diri dan dipercayai menyembunyikan diri bagi mengelakkan daripada ditangkap JAIS.