Polis tahan lelaki 51 tahun disyaki bakar motosikal di Cheras

Polis tahan lelaki 51 tahun disyaki bakar motosikal di Cheras

hafidzul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki membakar sebuah motosikal di Taman Pertama, Cheras di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Mohd Rosdi Daud berkata, tangkapan ke atas suspek lelaki berusia 51 tahun itu dijalankan kira-kira jam 7 petang.

“Suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

“Suspek kemudian dibawa ke Mahkamah bagi mendapatkan perintah reman untuk membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti motif kejadian serta mendapatkan keterangan tambahan berkaitan kes berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan menyalurkan maklumat berkaitan kejadian kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top