Polis Tahan Suami Zahnita Wilson

Polis Tahan Suami Zahnita Wilson

Suami Zahnita Wilson ditahan polis hari ini selepas bekas model itu membuat pendedahan menjadi mangsa keganasan rumah tangga di  media sosial.

Memetik Kosmo, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu mengesahkan perkara berkenaan.

“Ya, suspek sudah pun ditahan hari ini,” katanya.

Zahnita sebelum ini mendedahkan bahagian mata kirinya lebam didakwa akibat dipukul suaminya.

Menerusi satu laporaj media, Zahnita mengakui  sudah lama menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan punca dipukul selepas dia bertanyakan mengenai kehadiran orang ketiga kepada suaminya.

SUMBER: Kosmo


Scroll to Top