Postecoglou kritik pemain, tewas kepada Bournemouth

Postecoglou kritik pemain, tewas kepada Bournemouth

London: Ange Postecoglou mengkritik prestasi buruk Tottenham dengan peminat kini mula berang terhadap jurulatih Australia dengan prestasi pasukan yang terumbang-ambing susulan kekalahan mengejut kepada Bournemouth 0-1.

Dean Huijsen menjaringkan gol pada separuh masa pertama di Vitality Stadium, menjadikan pasukan bermasalah Postecoglou, meraih hanya satu kemenangan dalam enam perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

Gol pertama pemain pertahanan berusia 19 tahun itu dalam bola sepak Inggeris selepas perpindahannya dari Juventus pada musim panas lalu menyerlahkan lagi kepincangan pertahanan Tottenham yang sering melakukan kesilapan.

Tottenham beruntung dengan prestasi lesu yang dipamerkan itu, mereka tidak tewas dengan margin yang lebih besar selepas pasukan Andoni Iraola mensia-siakan beberapa peluang untuk menambah gol.

Kekalahan keenam dalam Liga Perdana musim ini adalah satu lagi kemunduran bagi Postecoglou yang kini semakin tertekan selepas keputusan seri 1-1 di tempat sendiri menentang Fulham yang bermain dengan 10 orang hujung minggu lalu.

“Ia tidak cukup baik. Kami sekali lagi terperangkap dalam permainan dengan sangat baik tetapi kemudian kami melepaskan gol yang tidak sepatutnya,” kata Postecoglou.

“Ia mengecewakan. Kami cenderung untuk menyakiti diri sendiri ketika kami sepatutnya mengawal perlawanan.

“Ia adalah sesuatu yang kami lakukan secara konsisten dan kami sentiasa membayar harga untuknya.”

Selepas mensia-siakan peluang emas untuk layak ke Liga Juara-Juara musim lalu, Postecoglou kini mula mendengar kritikan terhadap taktiknya yang terlalu menyerang dan persembahan mengecewakan ini akan menambah keraguan terhadapnya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top