PPVIN Midlands Seksyen 7 ditutup esok

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

bhnews@bh.com.my

SHAH ALAM: Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) di Pusat Konvensyen Midlands, Seksyen 7, di sini ditutup esok bagi menyelaraskan penugasan dan kehadiran penerima vaksin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, penutupan PPVIN terbabit diputuskan oleh pihak pengurusannya.

“PPVIN (Pusat Konvensyen Midlands, Seksyen 7) akan ditutup sehari, esok untuk selaraskan penugasan dan kehadiran pekerja-pekerja industri bagi menerima suntikan vaksin.

“Pihak pengurusan PPVIN berkenaan yang membuat keputusan (berhubung penutupan PPVIN),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada masa sama, Baharudin turut mengesahkan rakaman video berdurasi 1 minit 36 saat yang tular di media sosial memaparkan individu beratur panjang dengan tidak mematuhi penjarakan fizikal di luar pagar PPVIN itu.

Terdahulu, media melaporkan dakwaan pekerja asing diarah meninggalkan lokasi terbabit selepas beratur panjang hingga ke luar kawasan pusat berkenaan untuk menerima vaksin.

Pengurusan PPVIN dengan bantuan sepasukan anggota polis mengambil tindakan itu berikutan pekerja asing terbabit didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

© New Straits Times Press (M) Bhd