PRN Johor: Saingan 4 penjuru di DUN Tiram

PRN Johor: Saingan 4 penjuru di DUN Tiram

am@hmetro.com.my

Johor Bharu: Saingan empat penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini antara calon Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) serta BERSAMA.

BN diwakili Ahli Dewan Negara yang juga Setiausaha UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman, sementara Nor Zulaila Abd Ghani mewakili PH.

Dua pencabar lain mereka, Khirul Muntanazar Ismail daripada PN, sementara BERSAMA yang membuat kemunculan pertama dalam saingan di DUN ini diwakili Dr Harith Fakhrudin Abdul Malek.

Keputusan saingan empat penjuru di DUN berkenaan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Tiram, Ali@Zainalabidin Syed Mohamed di Dewan Serbaguna Taman Pelangi Indah di sini, hari ini.

Terdahulu, sebaik dewan pencalonan di buka, Nor Zulaila calon pertama mengemukakan pencalonannya diikuti Dr Harith Fakhrudin, Khirul serta Abdul Halim.

Untuk rekod, Abdul Halim yang juga Setiausaha UMNO Johor pernah menjadi ADUN selama dua penggal di DUN Puteri Wangsa mulai 2004 hingga 2013, namun

Beliau juga pernah bertugas sebagai Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri antara tahun 2014 hingga 2018.

DUN Tiram dan Puteri Wangsa terletak di bawah Parlimen Tebrau.

Pada PRN 2022, DUN Tiram dimenangi BN menerusi calonnya, Azizul Bachok dengan majoriti agak besar, 8,098 undi mengatasi enam lagi pencabar lain ketika itu.

Namun pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 2018, kejutan berlaku di DUN apabila PH merampas dominasi BN di kerusi terbabit, sebelum dirampas kembali BN pada PRN Mac 2022.

Terdahulu, seawal jam 7.45 pagi, penyokong semua parti yang bertanding tiba di pekarangan dewan berkenaan bagi menyatakan sokongan kepada calon-calon masing-masing.

Ketibaan calon BN diiringi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

DUN Tiram merekodkan keseluruhan seramai 117,390 pengundi yang terdiri daripada 106 pengundi awal dan 117,496 pengundi biasa

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top