PRN Melaka: Calon PH disambut tarian singa, PN gegar dengan laungan takbir

PRN Melaka: Calon PH disambut tarian singa, PN gegar dengan laungan takbir

TANGGA BATU – Ketibaan calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Datuk Azman Abidin disambut meriah dengan persembahan tarian singa, pukulan gendang serta sorakan daripada penyokong.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri itu tiba di Pusat Penamaan Calon di Stadium Hang Jebat di sini, pada jam 8.40 pagi, diiringi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Amirudin Shari.

Sementara itu, calon Perikatan Nasional (PN) menerusi Pas mempertaruhkan Rafie Ahmad, 58, tiba di pusat penamaan calon berkenaan pada jam 8.50 pagi.

Suasana bertukar riuh apabila penyokong PN melaung takbir ‘Allahuakbar’ ketika mengiringi calon mereka.

Proses penamaan calon bermula pada jam 9 pagi dan calon diberi tempoh sejam untuk mengemukakan borang pencalonan sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya membuat semakan terhadap semua dokumen yang diterima.

 

 

Scroll to Top