Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan perkembangan politik membabitkan parti pembangkang di negeri itu sebagai sesuatu yang “agak ganjil” susulan perbezaan pendekatan kerjasama antara peringkat Persekutuan dan negeri.
Mereka bersama di pusat tapi tak mahu di negeri
Memetik laporan daripada Malaysia Gazette, beliau menyatakan situasi itu jelas apabila parti-parti tertentu memilih untuk bekerjasama di pusat tetapi mengambil haluan berbeza di Johor dan Negeri Sembilan.
“Agak ganjil apabila di pusat mereka bersama tetapi di negeri mereka tidak mahu bersama. Ini yang berlaku di Johor dan Negeri Sembilan.
“Saya tidak mahu mengulas banyak. Kita akan hadapi keadaan ini dan kita telah meletakkan 36 calon serta akan bertanding di 36 kerusi,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
![]()
Foto: MBNS
PH fokus dekati rakyat
Mengulas lanjut, Aminuddin menambah Pakatan Harapan (PH) tidak akan terlalu memberi perhatian kepada strategi politik pihak lawan sepanjang kempen pilihan raya.
Sebaliknya, beliau menegaskan fokus PH adalah untuk mendekati rakyat dengan mengetengahkan rekod pencapaian kerajaan negeri serta meneruskan agenda pembangunan dan kebajikan rakyat.
“Sebaliknya PH akan terus mendekati rakyat dengan membawa rekod pencapaian kerajaan negeri. Kempen PH akan terus memberi fokus kepada usaha meneruskan pembangunan serta menjaga kebajikan rakyat Negeri Sembilan,” katanya lagi.
![]()
Foto: MBNS
Aminuddin berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengiringi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Kariah Pantai.
Sumber: Malaysia Gazette (Nizam Zain)




