PRN N9: Anwar turun berkempen di empat lokasi esok

PRN N9: Anwar turun berkempen di empat lokasi esok

Seremban: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiri beberapa siri program kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 di beberapa lokasi sekitar Seremban dan Paroi esok.

Menurut hantaran di Facebook, Pengerusi Pakatan Harapan itu akan memulakan program pada 4 petang menerusi sesi Santai Petang Bersama Warga Ampangan di Benteng @ Medan Selera Ampangan.

Beliau juga dijadual menghadiri Program Jelajah Rakan Muda di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan (KOMBES), Paroi pada 5 petang.

Pada sebelah malam, Presiden PKR itu akan menghadiri Majlis Makan Malam Perpaduan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat di Taman Sri Penaga pada 8 malam sebelum menyertai Ceramah Perdana Pakatan Harapan DUN Paroi di Taipan 2, Pusat Bandar Senawang.

Ini kali pertama Anwar ke Negeri Sembilan untuk menyertai kempen PRN.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 28 Julai ini sebagai pengundian awal bagi PRN Negeri Sembilan manakala hari mengundi pada 1 Ogos.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top