SHAH ALAM – Tiada kertas penamaan calon ditolak pada hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN), Negeri Sembilan ke-16 yang berlangsung di lapan pusat penamaan calon pada Sabtu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan memaklumkan, selepas tempoh penyerahan kertas penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi, seramai 103 calon mewakili pelbagai parti politik dan individu bebas disahkan layak bertanding.
“Sebanyak 103 kertas penamaan calon diterima dan disahkan layak bertanding bagi PRU Dewan Negeri, Negeri Sembilan Ke-16.
“Tiada kertas penamaan yang ditolak,” menurut kenyataan itu pada Sabtu.
ARTIKEL BERKAITAN: Penamaan calon buka tirai PRN Negeri Sembilan ke-16
PRN Negeri Sembilan: Penyokong parti ‘lawan’ sorakan
PRN Negeri Sembilan: Calon PH ziarah pusara isteri sebelum penamaan calon
PRN Negeri Sembilan: Abdul Hadi, Asyraf Wajdi berjabat tangan, curi tumpuan penyokong
SPR memaklumkan, daripada jumlah tersebut, Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan 36 calon, diikuti Barisan Nasional (BN) dengan 25 calon.
Selain itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meletakkan 24 calon, manakala Perikatan Nasional (PN) menampilkan 11 calon.
SPR turut memaklumkan masing-masing satu calon mewakili Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA), Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM), selain empat calon bertanding atas tiket Bebas.
ARTIKEL BERKAITAN:
Pemimpin tertinggi BN iringi calon tanding PRN Negeri Sembilan
PRN Negeri Sembilan: Jangan campur aduk adat dengan politik – Tok Mat
PRN Negeri Sembilan: Anthony berdepan calon BN di DUN Chennah
Keseluruhannya, seramai 103 calon disahkan bertanding pada PRU Dewan Negeri, Negeri Sembilan Ke-16 selepas proses penamaan calon selesai dijalankan di semua lapan pusat penamaan di negeri berkenaan pada Sabtu.



