KUCHING – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 pada 12 Disember ini.Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata, tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 28 November, manakala pengundian awal pada 8 Disember, dengan tempoh berkempen selama 14 hari.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi membincangkan urusan serta tarikh-tarikh penting PRN Sarawak di sini, hari ini. – Bernama



