Proses Pengesahan Perkahwinan Marissa, Aslam Ditangguhkan.. Mahu Cari Masa Sesuai Jumpa Abby Abadi

Proses Pengesahan Perkahwinan Marissa, Aslam Ditangguhkan.. Mahu Cari Masa Sesuai Jumpa Abby Abadi

Pasangan pempengaruh sensasi, Marissa Dania Hakim dan suaminya, Ahmad Aslam hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini.

Difahamkan, kehadiran pasangan tersebut adalah bagi proses pengesahan pernikahan mereka yang berlangsung di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.

Namun, mahkamah telah menetapkan tarikh baharu untuk sebutan kedua prosiding pengesahan pernikahan mereka.

Dalam pada itu, ketika disoal mengenai permohonan maaf terhadap ibu mentuanya, Abby Abadi, Aslam bagaimanapun memaklumkan dia mempunyai perancangan untuk melakukan perkara tersebut.

Katanya, setakat ini hanya isterinya sahaja yang sudah berjumpa dengan ibu mentuanya itu.

“Saya masih belum tapi Marissa sudah berjumpa dengan Mama.

“Saya mencari masa yang sesuai, Inshaa-Allah bila berkelapangan. Tapi, saya ada perancangan untuk berjumpa dengan Mama,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Aslam juga mengakui kontroversi yang berlaku sebelum ini adalah berpunca daripadanya.

“Saya manusia biasa. Ada khilaf tapi saya cuba perbetulkan diri sendiri.

“Saya mengaku apa yang berlakua dalah atas salah saya,” jelasnya.

Terdahulu, konflik keluarga antara Abby Abadi, Norman Hakim, Marissa Dania Hakim dan Aslam menyorot perhatian ramai selepas masing-masing dilihat berbalas kenyataan di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Datang Sendiri Ya” – Marissa Dania Nafi Norman Hakim Jadi ‘Orang Tengah’ Punca Berbaik Dengan Abby Abadi

ARTIKEL BERKAITAN:“Block Orang Itu Benda Paling Seronok Nak Buat” – Abby Abadi ‘Malas’ Layan Netizen… Persoal Permohonan Maaf Aslam

ARTIKEL BERKAITAN:“Tiada Maaf Bagimu, Saya Tiada Menantu” – Abby Abadi ‘Tolak’ Permohonaan Maaf Aslam

ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Ada Sebab Berbaik, Tiada Keperluan” – Abby Abadi ‘Frust’, Norman Hakim Jumpa Anak Macam Orang Luar

ARTIKEL BERKAITAN:Bercinta Sejak Marissa Sekolah Rendah, Suami Abby Abadi Pernah Tampar Aslam

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Hubungan Dengan Marissa Dania Kembali Jernih, Abby Abadi Syukur Tak Hilang Anak

 

Sumber: Gempak, mStar

Scroll to Top