EINDHOVEN: PSV Eindhoven muncul juara Liga Eredivisie Belanda selepas pencabar terdekat, Feyenoord gagal meraih kemenangan ke atas Volendam.
Keputusan seri tanpa jaringan itu memastikan PSV memiliki kelebihan mata yang tidak lagi mampu dikejar biarpun liga masih berbaki lima perlawanan.
Terdahulu, PSV mencatat kemenangan 4-3 ke atas Utrecht untuk mengumpul 71 mata daripada 29 perlawanan sekali gus meletakkan tekanan ke atas Feyenoord yang wajib menang bagi menghidupkan peluang.
Keputusan seri di Volendam menyaksikan Feyenoord kekal dengan 54 mata, ketinggalan 17 mata di belakang PSV.
Kejayaan itu mencetuskan sambutan meriah di Eindhoven apabila penyokong turun ke jalanan sebaik kejuaraan dimuktamadkan.
Ia juga menjadi kejuaraan liga ketiga berturut-turut buat PSV sekali gus mengukuhkan status mereka sebagai antara kelab paling berjaya di Belanda dengan 27 gelaran di belakang Ajax Amsterdam yang memiliki 36 kejuaraan.- AGENSI




