Kisah penceraian pempengaruh sensasi, Siti Jamumall, yang diceraikan suaminya ‘Aiman Tak Kisah’ secara langsung di TikTok, masih hangat diperkatakan.
Menurut laporan mStar, insiden itu bukan sahaja mengejutkan netizen, malah turut mengundang luahan penuh emosi daripada ibu Siti, iaitu Norizan Jaafar.
Nasi dah jadi bubur. Nak nasihat pun dah tak guna. Apa yang penting sekarang saya nak Siti ada semangat balik.
“Gajah pun sayang anak!” – Ibu Siti Jamumall

Dalam nada sebak, Kak Izan menyatakan dirinya tak sanggup melihat keadaan anaknya yang sedih dan lemah selepas diceraikan secara terbuka.
Sebagai mak, saya tak sanggup tengok anak saya macam tu. Gajah pun tahu sayang anak, tau.
Sudah lama masalah rumah tangga tersebar?

Menurut ibunya, perkahwinan pasangan tersebut memang sudah lama bermasalah, dan ini bukan kali pertama Siti diceraikan.
Beliau juga mendakwa telah banyak memberi nasihat, namun semuanya ibarat mencurah air ke daun keladi.
Bagi nasihat berbuih mulut, tapi nak jadi juga macam ni. Baru sebulan lepas dia bagi talak satu, malam ni dia bagi talak dua.
Habislah, apa lagi, puaslah hati kan? Yang jadi mangsa sekarang adalah Siti.