Puji Syed Saddiq Lelaki Budiman, Fazura Titip Doa Hubungan Kekal Ke Jannah – “Bahagia Kalian, Bahagia Kami”

Puji Syed Saddiq Lelaki Budiman, Fazura Titip Doa Hubungan Kekal Ke Jannah – “Bahagia Kalian, Bahagia Kami”

Selebriti popular, Nur Fazura berkongsi momen manis ketika meraikan pertunangan pasangan popular iaitu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyanyi Bella Astillah baru-baru ini.

Menurut Fazura, apa yang didoakan sebelum ini akhirnya menjadi kenyataan apabila kedua-duanya selamat disatukan dalam ikatan pertunangan dan diraikan oleh rakan-rakan terdekat yang sentiasa menyokong dan bersama penyanyi itu ketika melalui fasa sukarnya.

Dalam pada itu,  Fazura turut memuji Syed Saddiq sebagai seorang lelaki yang budiman kerana menyayangi dan menerima Bella dan anak-anak dengan sepenuh hati.

“Kita mendoakan dan akhirnya hanya Allah SWT maha menentukan yang terbaik. Syukur alhamdulillah.

“Tahniah buat adikku, Bella yang kini menjadi tunanganlelaki budiman YB Syed Saddiq yang menyayangimu dan anak-anak sepenuh hati,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Dalam hantaran sama, pelantun lagu Bisa Apa itu juga sempat menitipkan doa agar hubungan kedua-dua pasangan ini sentiasa dilindungi dan mendapat keredhaan-Nya.

“Semoga Allah SWT melindungi kalian dengan hikmah, petunjuk serta keredhaannNya dan semoga kasih sayang yang tersemai di hati kalian sentiasa mekar di dunia dan akhirat. Mudah-mudahan. Bahagia kalian, bahagia kami,” luahnya.

Scroll to Top