Pujuk anak jangan belajar jauh2, reaksi comel ibu bikin ramai tersenyum

Pujuk anak jangan belajar jauh2, reaksi comel ibu bikin ramai tersenyum

Sampai satu saat nanti, anak-anak yang dijaga dan disayang sepenuhnya pasti akan meminta izin untuk keluar dari rumah bagi merantau atau menyambung pelajar setelah cukup dewasa.

Ketika itu, sebagai orang tua, sudah tentu berasa sedikit sedih kerana terpaksa berpisah dengan anak-anak walaupun mereka akan pulang juga ke rumah orang tua apabila ada waktu lapang.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pemuda yang meminta izin ibunya untuk menyambung pelajaran jauh sedikit dari rumah iaitu di negeri Selatan Tanah Air.

@qwahensem

Aihh penat da aku pujuk #fyp

♬ happier – Olivia Rodrigo

Pengguna TikTok dikenali sebagai @qwahensem sekali lagi mencuba nasib memujuk ibunya. Namun, wanita itu kelihatan sebak dan bertanyakan kehidupan hariannya andai anak tersayang berada jauh darinya.

@qwahensem

haih ingatkan dia main main😭 #fyp

♬ original sound – ~I N A D~ – Axl Hunila

Namun begitu, apa yang menarik perhatian adalah panggilan mereka yang terlihat sangat mesra kerana membahasa ‘saya dan awak’ dengan ibunya.

Pemuda itu juga seperti sangat manja dengan ibu yang masih berat hati untuk membenarkan anak bujangnya keluar merantau jauh.

@qwahensem

I love her so much❤️ #fyp

♬ Giveon Cover If I Aint Got You – Raed ツ

Hal berkenaan menjadi perbualan warganet di media sosial yang kagum melihat mereka anak beranak begitu lembut menuturkan kata-kata antara satu sama lain.

Mereka juga seronok menonton video-video kebersamaan pemuda itu dengan ibunya yang sporting melayan anaknya merakam video untuk dimuat naik ke akaun TikTok.

 

Sumber: TikTok @qwahensem

Scroll to Top